Penghulu segala bulan ialah bulan Ramadan

TEKS BAHASA ARAB

سيد الشهور شهر رمضان، وأعظمها حرمة ذو الحجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penghulu segala bulan ialah bulan Ramadan, dan bulan yang paling tinggi kesucian ialah bulan Zulhijah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1841, hadis nombor 9283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- مرفوعا: ((سيد الشهور شهر رمضان، وأعظمها حرمة ذو الحجة)). [أبو عثمان البحيري في ((الفوائد))، البزار، فر، ابن عساکر، الضياء في ((الأحاديث والحكايات))، ((الضعيفة)) (٣٧٢٧)]

(Lemah) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Penghulu segala bulan ialah bulan Ramadan, dan bulan yang paling tinggi kesucian ialah bulan Zulhijah. [Riwayat Abu Uthman al-Bahiri dalam kitab al-Fawa’id, al-Bazzar dalam Musnadnya, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq, al-Diya’ dalam al-Ahadith wa al-Hikayat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3727]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs