Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَيِّدُ الشهورِ شهرُ رمضانَ، وأعظمُها حُرمةً ذو الحِجَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Penghulu segala bulan ialah bulan Ramadan, dan bulan yang paling tinggi kesucian ialah bulan Zulhijah.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1841, hadis no. 9283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- مرفوعا: ((سيد الشهور شهر رمضان، وأعظمها حرمة ذو الحجة)). [أبو عثمان البحيري في ((الفوائد))، البزار، فر، ابن عساکر، الضياء في ((الأحاديث والحكايات))، ((الضعيفة)) (٣٧٢٧)]
(Lemah) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Penghulu segala bulan ialah bulan Ramadan, dan bulan yang paling tinggi kesucian ialah bulan Zulhijah. [Riwayat Abu Uthman al-Bahiri dalam kitab al-Fawa’id, al-Bazzar dalam Musnadnya, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq, al-Diya’ dalam al-Ahadith wa al-Hikayat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3727]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman