Penghulu raihan (sejenis bauan) bagi ahli syurga ialah inai

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سيد ريحان أهل الجنة الحناء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penghulu raihan (sejenis bauan) bagi ahli syurga ialah inai.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 45, hadis nombor 233. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn al-Jawzi berkata: Palsu. Saya telah menemui sanad lain bagi hadith tersebut melalui hadith Abu Bakr yang telah dikeluarkan oleh al-Dawlabi dalam al-Kuna dan beliau berkata: Sesungguhnya ia munkar.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.