Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Penghulu raihan (sejenis bauan) bagi ahli syurga ialah inai

Teks Bahasa Arab

سَيِّدُ رَيْحَانِ أَهْلِ الجَنَّة الْحِنَّاءُ.

Teks Bahasa Melayu

Penghulu raihan (sejenis bauan) bagi ahli syurga ialah inai.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 45, hadis no. 233. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn al-Jawzi berkata: Palsu. Saya telah menemui sanad lain bagi hadith tersebut melalui hadith Abu Bakr yang telah dikeluarkan oleh al-Dawlabi dalam al-Kuna dan beliau berkata: Sesungguhnya ia munkar.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.