TEKS BAHASA ARAB
سادة السودان أربعة : لقمان الحبشي، والنجاشي، وبلال، ومهجع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Penghulu orang Sudan ada empat: Luqman al-Habsyi, al-Najasyi, Bilal dan Mihja’.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1792, hadis nombor 9033. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الرحمن بن يزيد بن جابر، قال: قال رسول الله ﷺ: سادة السودان أربعة: لقمان الحبشي، والنجاشي، وبلال، ومهجع. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1453)]
(Lemah) Daripada Abd al-Rahman bin Yazid bin Jabir berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Penghulu orang Sudan ada empat: Luqman al-Habsyi, al-Najasyi, Bilal dan Mihja’." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1453]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.