Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Penghulu makanan di dunia dan akhirat ialah daging

Teks Bahasa Arab

سيدُ الإدامِ في الدنيا والآخرةِ اللحمُ، وسيدُ الشرابِ في الدنيا والآخرةِ الماءُ، وسيدُ الرياحينِ في الدنيا والآخرةِ الفاغيةُ.

Teks Bahasa Melayu

Penghulu makanan di dunia dan akhirat ialah daging. Penghulu minuman di dunia dan akhirat ialah air. Penghulu wangian di dunia dan akhirat ialah bunga pohon inai.

Sahabat Perawi

  1. Buraidah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1840, hadis no. 9281. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن بريدة -رضي الله عنه- مرفوعا: سيد الإدام في الدنيا والآخرة اللحم، وسيد الشراب في الدنيا والآخرة الماء، وسيد الرياحين في الدنيا والآخرة الفاغية. [طس، أبو نعيم في (الطب)، (الضعيفة) (3579)].

(Sangat Lemah) Daripada Buraidah RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Penghulu makanan di dunia dan akhirat ialah daging. Penghulu minuman di dunia dan akhirat ialah air. Penghulu wangian di dunia dan akhirat ialah bunga pohon inai." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Abu Nu’aym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Daifah, no. 3579]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.