Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَيِّدُ الناسِ آدمُ، وسَيِّدُ العربِ مُحَمَّدٌ، وسَيِّدُ الرُّومِ صُهَيْبٌ، وسَيِّدُ الفُرْسِ سَلْمَانُ، وسَيِّدُ الحبشةِ بلالٌ، وسَيِّدُ الجبالِ طُورُ سَيْناءَ، وسَيِّدُ الشجرِ السِّدْرُ، وسَيِّدُ الأشهُرِ المُحَرَّمُ، وسَيِّدُ الأيامِ يومُ الجمعةِ، وسَيِّدُ الكلامِ القُرآنُ، وسَيِّدُ القُرآنِ البقرةُ، وسَيِّدُ البقرةِ آيةُ الكُرْسِيِّ، أما إنَّ فيها خَمْسَ كلماتٍ، في كلِّ كلمةٍ خمسونَ بركةً.
Teks Bahasa Melayu
Penghulu bagi sekalian manusia adalah Adam, penghulu bagi sekalian Arab adalah Muhammad, penghulu bagi sekalian Rom adalah Suhaib, penghulu bagi sekalian Parsi adalah Salman, penghulu bagi sekalian Habsyah adalah Bilal, penghulu bagi sekalian gunung-ganang adalah Tur Sina, penghulu bagi sekalian pohon adalah bidara, penghulu bagi sekalian bulan adalah Muharam, penghulu bagi sekalian hari adalah Jumaat, penghulu bagi sekalian kalam adalah al-Quran, penghulu bagi sekalian surah al-Quran adalah al-Baqarah, penghulu bagi surah al-Baqarah adalah ayat Kursi. Di dalamnya ada 5 kalimah, pada setiap kalimah ada 50 keberkatan.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1470, hadis no. 7487. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن رجل، قال: كنا جلوسا في حلقة عمر، نتذاكر فضائل القرآن إذ قال رجل: خاتمة براءة، وقال آخر: خاتمة بني إسرائيل، وقال آخر: خاتمة {كهيعص} ، وقال آخر: خاتمة {يس} و {تبارك}، وفي القوم علي بن أبي طالب لا يحير جوابا، إذ قال: يا أمير المؤمنين! فأين أنت عن آية الكرسي؟ فقال عمر: يا أبا حسن! حدثنا بما سمعت فيها عن رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((سيد الناس آدم، وسيد العرب محمد، وسيد الروم صهيب، وسيد الفرس سلمان، وسيد الحبشة بلال، وسيد الجبال طور سيناء، وسيد الشجر السدر، وسيد الأشهر المحرم، وسيد الأيام يوم الجمعة، وسيد الكلام القرآن، وسيد القرآن البقرة، وسيد البقرة آية الكرسي، أما إن فيها خمس كلمات، في كل كلمة خمسون بركة)). [فر،((الضعيفة)) (3728)]
(Palsu) Daripada seorang lelaki, katanya: Kami pernah duduk dalam halaqah (bulatan) Umar, kami saling menyebut-nyebut berkenaan kelebihan-kelebihan al-Quran, tiba-tiba seorang lelaki berkata: "Penutup surah Bara'ah", yang lain pula berkata: "Penutup surah Bani Israil," yang lain pula berkata: "Penutup surah Kaf Ha Ya 'Ain Shad," orang lain pula berkata: "Penutup surah Yasin dan Tabaraka," dalam kumpulan itu ada Ali bin Abi Talib yang tidak menghiraukan mana-mana jawapan. Tiba-tiba Ali berkata: "Wahai Amir al-Mukminin! Apakah pendapat kamu tentang ayat Kursi?," Umar pun berkata: "Wahai Abu Hasan! Ceritakanlah kepada kami apa yang telah kamu dengar daripada Rasulullah SAW tentangnya". Ali pun berkata: "Rasulullah SAW bersabda: Penghulu bagi sekalian manusia adalah Adam, penghulu bagi sekalian Arab adalah Muhammad, penghulu bagi sekalian Rom adalah Suhaib, penghulu bagi sekalian Parsi adalah Salman, penghulu bagi sekalian Habsyah adalah Bilal, penghulu bagi sekalian gunung-ganang adalah Tur Sina, penghulu bagi sekalian pohon adalah bidara, penghulu bagi sekalian bulan adalah Muharam, penghulu bagi sekalian hari adalah Jumaat, penghulu bagi sekalian kalam adalah al-Quran, penghulu bagi sekalian surah al-Quran adalah al-Baqarah, penghulu bagi surah al-Baqarah adalah ayat Kursi. Di dalamnya ada 5 kalimah, pada setiap kalimah ada 50 keberkatan”. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3728]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman