Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَيِّدُ الأَدْهَانِ الْبَنَفْسَجُ وَإِنَّ فَضْلَ الْبَنَفْسَجِ عَلَى سَائِر الأدْهَانِ كَفَضْلِي عَلَى سَائِرِ الرِّجَالِ
Teks Bahasa Melayu
Penghulu bagi segala minyak ialah al-Banafsaj (bunga violet yang merupakan sejenis tumbuhan bewarna ungu) dan kelebihan al-Banafsaj berbanding minyak-minyak lain adalah seperti lebihnya aku berbanding lelaki-lelaki lain.
Sahabat Perawi
- Anas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 45, hadis no. 232. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Di samping itu, ia juga palsu sebagaimana kata para huffaz, maka seeloknya anda tidak menyebutkannya.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman