Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَيِّدُ طَعَامِ أَهْلِ الدُّنْيَا وَأَهْلِ الْجَنَّةِ اللَّحْمُ.
Teks Bahasa Melayu
Penghulu bagi segala makanan penduduk dunia dan penghuni syurga ialah daging.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 402, hadis no. 2158. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن أبي الدرداء - رضي الله عنه - مرفوعاً: «سيد طعام أهل الدنيا وأهل الجنة اللحم». [هـ، «الضعيفة»(3724)].
(Sangat Lemah) Daripada Abu al-Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Penghulu bagi segala makanan penduduk dunia dan penghuni syurga ialah daging". [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3724].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman