Penghujung iman itu adalah menuju sifat warak

TEKS BAHASA ARAB

انتهاء الإيمان إلى الورع، من قنع بما رزقه الله عز وجل، دخل الجنة، ومن أراد الجنة لا شك، فلا يخاف في الله لومة لائم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penghujung iman itu adalah menuju sifat warak. Barang siapa yang merasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan kepadanya, nescaya dia akan masuk syurga. Manakala barang siapa yang menghendaki syurga tidak ragu-ragu, maka janganlah dia takut akan celaan pencela pada (jalan) Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 456, hadis nombor 2442. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «انتهاء الإيمان إلى الورع، من قنع بما رزقه الله عز وجل، دخل الجنة، ومن أراد الجنة لا شك، فلا يخاف في الله لومة لائم». [الدارقطني في «الأفراد»، «الضعيفة» (1616)].

(Lemah) Daripada Ibn Mas’ud RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Penghujung iman itu adalah menuju sifat warak. Barang siapa yang merasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan kepadanya, nescaya dia akan masuk syurga. Manakala barang siapa yang menghendaki syurga tidak ragu-ragu, maka janganlah dia takut akan celaan pencela pada (jalan) Allah.” [Riwayat al-Daruqutni dalam al-Afrad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1616].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs