Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Penghujung iman itu adalah menuju sifat warak

Teks Bahasa Arab

انتهاءُ الإيمانُ إلى الورَعِ، من قنعَ بما رزقَهُ اللَّهُ عز وجل، دخلَ الجنَّةَ، ومن أرادَ الجنَّةَ لا شَكَّ، فلا يخافُ في اللَّهِ لومةَ لائمٍ.

Teks Bahasa Melayu

Penghujung iman itu adalah menuju sifat warak. Barang siapa yang merasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan kepadanya, nescaya dia akan masuk syurga. Manakala barang siapa yang menghendaki syurga tidak ragu-ragu, maka janganlah dia takut akan celaan pencela pada (jalan) Allah.

Sahabat Perawi

  1. Ibn Mas’ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 456, hadis no. 2442.

(موضوع) عن ابن مسعود - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «انتهاء الإيمان إلى الورع، من قنع بما رزقه الله عز وجل، دخل الجنة، ومن أراد الجنة لا شك، فلا يخاف في الله لومة لائم». [الدارقطني في «الأفراد»، «الضعيفة» (1616)].

(Lemah) Daripada Ibn Mas’ud RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Penghujung iman itu adalah menuju sifat warak. Barang siapa yang merasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan kepadanya, nescaya dia akan masuk syurga. Manakala barang siapa yang menghendaki syurga tidak ragu-ragu, maka janganlah dia takut akan celaan pencela pada (jalan) Allah.” [Riwayat al-Daruqutni dalam al-Afrad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1616].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.