Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Penghormatan terhadap Baitullah adalah tawaf

Teks Bahasa Arab

تحية البيت الطواف.

Teks Bahasa Melayu

Penghormatan terhadap Baitullah adalah tawaf.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 28, hadis no. 87. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث. ومعناه صحيح. ففي الصحيح عن عائشة: "أول شيء بدأ به النبي -صلى الله عليه وسلم- حين دخل مكة أنه توضأ ثم طاف".

Ia bukan hadith, namun maksudnya sahih. Dalam hadith sahih daripada 'Aishah: "Perkara pertama yang dimulakan oleh Nabi SAW ketika Baginda masuk ke Makkah adalah Baginda berwudhu' dan kemudian Baginda bertawaf".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.