TEKS BAHASA ARAB
حديث: حامل كتاب الله تعالى له في بيت مال المسلمين في كل سنة مائتا دينار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Penghafal al-Quran mempunyai hak di baitulmal kaum muslimin 200 dinar setiap tahun.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 71-72, hadis nombor 168. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أورد الديلمي عن أبي سليك الغطفاني. قال ابن الجوزي: موضوع. وأقروه، والحديث في الجامع الصغير.
Al-Dailami membawakan hadith tersebut daripada Abi Salik al-Ghutfani. Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Mereka bersetuju dengan Ibn al-Jauzi dan hadith tersebut terdapat dalam al-Jami’ al-Saghir.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.