Pengetahuan itu modalku, akal itu agamaku dan keturunan itu adalah asasku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: المعرفة رأس مالي والعقل ديني والحسب أساسي والشوق مركبي وذكر الله أنسي والثقة كنزي والحزن رفيقي، والعلم سلاحي والصبر ردائي والرضا غنيمتي والفقر فخري والزهد حرفتي واليقين قوتي والصدق شفيعي والطاعة حسبي والجهاد خلقي وقرة عيني الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Pengetahuan itu: modalku, akal itu agamaku, keturunan itu asasku, rindu itu kenderaanku, mengingati Allah itu ketenangan bagiku, kepercayaan itu khazanahku, kesedihan itu temanku, ilmu itu senjataku, sabar itu pakaianku, reda itu harta rampasan bagiku, kefakiran itu kebanggaanku, zuhud itu kerjayaku, yakin itu kekuatanku, kebenaran itu pemberi syafaat buatku, ketaatan itu kemuliaanku, jihad itu akhlakku dan penyejuk mataku adalah solat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 326-327, hadis nombor 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره القاضي عياض وآثار الوضع عليه لائحة.

Ia disebutkan oleh al-Qadhi ‘Iyadh. Tanda pemalsuan padanya adalah jelas.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.