TEKS BAHASA ARAB
حديث: المعرفة رأس مالي والعقل أصل ديني والحب أساسي والشوق مركبي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Pengetahuan itu adalah modalku, akal itu adalah asas agamaku, cinta adalah asasku, rindu itu kenderaanku…”
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 170, hadis nombor 514. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث: الْمعرفَة رَأس مَالِي، وَالْعقل أصل ديني، وَالْحب أساسي، والشوق مركبي. الحَدِيث بِطُولِهِ ذكره عِيَاض فِي الشفا، قَالَ الدلجي: قَالَ الْأَئِمَّة: مَوْضُوع.
Hadith: “Pengetahuan itu adalah modalku, akal itu adalah asas agamaku, cinta adalah asasku, rindu itu kenderaanku…” hadith yang panjang.
Disebutkan oleh al-Qadhi Iyadh di dalam al-Syifa’. al-Dalji berkata: Ulama berkata: Palsu.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.