Pengadu domba, pencela dan pentaksub dalam neraka

TEKS BAHASA ARAB

النميمة والشتيمة والحمية في النار، ولا يجتمعن في صدر مؤمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sifat suka mengadu domba, mencela dan taksub (menghumbankan pelakunya ke) dalam neraka, dan semuanya itu tidak berhimpun dalam dada orang beriman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 493, hadis nombor 2653. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((النميمة والشتيمة والحمية في النار، ولا يجتمعن في صدر مؤمن)). [طب، الطرسوسي في ((مسند ابن عمر))، عد، ((الضعيفة)) (4703، 6666)].

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sifat suka mengadu domba, mencela dan taksub (menghumbankan pelakunya ke) dalam neraka, dan semuanya itu tidak berhimpun dalam dada orang beriman.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, al-Turtusi dalam Musnad Ibn ‘Umar, dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa' . Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6666, 4703].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs