Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Pengadu domba, pencela dan pentaksub dalam neraka

Teks Bahasa Arab

النَّميمةُ والشَّتيمةُ والحَميَّةُ في النَّارِ، ولا يجتَمِعنَ في صدرِ مؤمنٍ.

Teks Bahasa Melayu

Pengadu domba, pencela dan pentaksub dalam neraka, dan semuanya tidak tidak berhimpun dalam dada orang beriman.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 493, hadis no. 2653.

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((النميمة والشتيمة والحمية في النار، ولا يجتمعن في صدر مؤمن)). [طب، الطرسوسي في ((مسند ابن عمر))، عد، ((الضعيفة)) (4703، 6666)].

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pengadu domba, pencela dan pentaksub dalam neraka, dan semuanya tidak tidak berhimpun dalam dada orang beriman. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, al-Turtusi dalam Musnad Ibn ‘Umar dan Ibn ‘Adi . Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6666, 4703].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.