Batil

30/06/2024

minit bacaan



Penerima wasiatku, tempat aku menyimpan rahsia, penggantiku dalam kalangan kalangan ahli keluargaku dan sebaik-baik yang menggantikan aku selepas kewafatan adalah Ali

Teks Bahasa Arab

حديث: وَصِيِّي، وَمَوْضِعُ سِرِّي، وَخَلِيفَتِي فِي أَهْلِي، وَخَيْرُ مَنْ أَخْلُفُ بَعْدِي عَلِيٌّ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Penerima wasiatku, tempat aku menyimpan rahsia, penggantiku dalam kalangan ahli keluargaku dan sebaik-baik yang menggantikan aku selepas kewafatan aku adalah Ali.

Sahabat Perawi

  1. Buraidah RA
  2. Salman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 369, hadis no. 63. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن ناصر، عن سلمان مرفوعا. قال عبد الغني: أكثر رواته مجهولون وضعفاء وقال الجوزقاني: باطل، لا أصل له. ورواه الأزدي بلفظ: سئل صلى الله عليه وآله وسلم: من وصية؟ فقال: من كان وصى موسى؟ قال: يوشع. قال: فإن وصيي ووارثي يقضى ديني، وينجز موعدي، وخير من أخلف بعدي: علي، وفي إسناده: متروك، وضعيف. ورواه ابن حبان بنحوه، وهو من نسخة موضوعة. ورواه العقيلي بلفظ: وصيي علي بن أبي طالب. قال في الميزان: هذا كذب، ورواه الحاكم عن بريدة مرفوعا، وفي إسناده: وضاع.

Diriwayatkan oleh Ibn Nasir daripada Salman secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Abd al-Ghani berkata: Kebanyakan perawinya adalah tidak diketahui dan dhaif. Al-Jauzaqani berkata: Batil, tiada asal baginya. Diriwayatkan oleh al-Azdi dengan lafaz: Nabi SAW ditanya: Siapakah orang yang akan menerima wasiatmu? Baginda berkata: Siapakah yang menjadi penerima wasiat daripada Musa? Dia berkata: Yusya’. Baginda berkata: Orang yang akan menerima wasiatku, pewarisku dan melunaskan hutangku, dan mengotakan janjiku, dan sebaik-baik orang yang akan menggantiku adalah Ali. Pada sanadnya terdapat perawi yang matruk (ditinggalkan hadithnya) dan dhaif. Ibn Hibban meriwayatkan dengan seumpanya, dari naskhah yang palsu. Diriwayatkan oleh al-Uqaili dengan lafaz: Penerima wasiatku adalah Ali bin Abi Talib. Dia berkata dalam al-Mizan: Ini adalah dusta. Ia diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Buraidah secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat pemalsu hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.