Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كذبة صاغ.
Teks Bahasa Melayu
Pendustaan tukang celup.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 68, hadis no. 279. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وفي معناه: (احترقت مصبغة)، كان يقال عند شيوع خبر مكذوب وصحح. أخرج الحاكم عن أبي الطفيل قال: كنت بالكوفة فقيل: قد خرج الدجال فأتينا حذيفة بن أسيد فقلت: هذا الدجال قد خرج، فقال: اجلس فجلست فنودي إنها كذبة صاغ، فقال حذيفة: إن الدجال لو خرج في زمانكم لرمته الصبيان بالخذف.
Semakna dengannya: "Tukang celup telah melakukan penipuan". Dia sering diucapkan ketika tersebarnya berita yang dusta dan ia dibenarkan. Al-Hakim telah mengeluarkan daripada Abu al-Tufail, katanya: Sewaktu aku di Kufah, dikatakan bahawa Dajjal telah keluar, lalu kami pun menemui Huzaifah bin Usaid, aku berkata: "Dajjal ini telah keluar", Huzaifah pun berkata: "Duduklah", aku pun duduk, lalu dilaungkan: "Ia pendustaan tukang celup", lantas Huzaifah berkata: "Sesungguhnya kalaulah Dajjal telah keluar pada zaman kamu ini, pasti aku lemparkan kanak-kanak kepadanya menggunakan pelontar".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman