Penduduk syurga memerlukan para ulama sebagaimana mereka memerlukan para ulama sewaktu di dunia

TEKS BAHASA ARAB

إن أهل الجنة ليحتاجون إلى العلماء كما يحتاجون إليهم في الدنيا؛ وذلك أنهم يزورون الله في كل جمعة فيقال لهم: تمنوا، فيقولون: وماذا نتمنى وقد أدخلنا الجنة وأعطينا ما أعطينا؟! فيقال لهم: تمنوا، كذا وكذا، وتمنوا كذا وكذا. فهم محتاجون إليهم في الجنة كما هم محتاجون إليهم في الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya penduduk syurga benar-benar memerlukan para ulama sebagaimana mereka memerlukan para ulama sewaktu di dunia. Demikian itu, mereka menziarahi Allah pada setiap hari Jumaat, lalu dikatakan kepada mereka: Idamkanlah, mereka bertanya: Apa yang mahu idamkan sedangkan kami telah pun dimasukkan ke dalam syurga dan kami telah menerima nikmat-nikmat yang telah diberikan? Lalu dikatakan kepada mereka: Idamkanlah sekian sekian, seraya mereka pun mengidamkan sekian sekian. Mereka memerlukan kepada ulama di dalam syurga sepertimana mereka memerlukan ulama di dunia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1260 – 1261, hadis nombor 6438. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما مرفوعا: إن أهل الجنة ليحتاجون إلى العلماء كما يحتاجون إليهم في الدنيا؛ وذلك أنهم يزورون الله في كل جمعة فيقال لهم: تمنوا، فيقولون: وماذا نتمنى وقد أدخلنا الجنة وأعطينا ما أعطينا؟! فيقال لهم: تمنوا، كذا وكذا، وتمنوا كذا وكذا. فهم محتاجون إليهم في الجنة كما هم محتاجون إليهم في الدنيا.
[فر، ابن عساكر، الدواليبي في ((فضل العلم))، ((الضعيفة)) (3171)].

(Palsu)
Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya penduduk syurga benar-benar memerlukan para ulama sebagaimana mereka memerlukan para ulama sewaktu di dunia. Demikian itu, mereka menziarahi Allah pada setiap hari Jumaat, lalu dikatakan kepada mereka: Idamkanlah, mereka bertanya: Apa yang mahu idamkan sedangkan kami telah pun dimasukkan ke dalam syurga dan kami telah menerima nikmat-nikmat yang telah diberikan? Lalu dikatakan kepada mereka: Idamkanlah sekian sekian, seraya mereka pun mengidamkan sekian sekian. Mereka memerlukan kepada ulama di dalam syurga sepertimana mereka memerlukan ulama di dunia.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, Ibn 'Asakir, al-Duwalibi dalam Fadl al-'Ilm. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3171]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs