Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أهلَ الجنةِ ليحتاجونَ إلى العلماءِ كما يحتاجونَ إليهِم في الدُّنيا؛ وذلك أنهُم يزورونَ اللهَ في كل جمعةٍ فيقال لهم: تمنَّوا، فيقولونَ: وماذا نتمنى وقدْ أُدخلنا الجنةَ وأُعطينا ما أُعطينا؟! فيقال لهم: تمنَّوا، كذا وكذا، وتمنَّوا كذا وكذا. فهم محتاجونَ إليهم في الجنةِ كما هم محتاجونَ إليهِم في الدُّنيا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya penduduk syurga benar-benar memerlukan para ulama sebagaimana mereka memerlukan para ulama sewaktu di dunia. Demikian itu, mereka menziarahi Allah pada setiap hari Jumaat, lalu dikatakan kepada mereka: Idamkanlah, mereka bertanya: Apa yang mahu idamkan sedangkan kami telah pun dimasukkan ke dalam syurga dan kami telah menerima nikmat-nikmat yang telah diberikan? Lalu dikatakan kepada mereka: Idamkanlah sekian sekian, seraya mereka pun mengidamkan sekian sekian. Mereka memerlukan kepada ulama di dalam syurga sepertimana mereka memerlukan ulama di dunia.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1260 - 1261, hadis no. 6438. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما مرفوعا: إن أهل الجنة ليحتاجون إلى العلماء كما يحتاجون إليهم في الدنيا؛ وذلك أنهم يزورون الله في كل جمعة فيقال لهم: تمنوا، فيقولون: وماذا نتمنى وقد أدخلنا الجنة وأعطينا ما أعطينا؟! فيقال لهم: تمنوا، كذا وكذا، وتمنوا كذا وكذا. فهم محتاجون إليهم في الجنة كما هم محتاجون إليهم في الدنيا. [فر، ابن عساكر، الدواليبي في ((فضل العلم))، ((الضعيفة)) (3171)].
(Palsu) Daripada Jabir bin 'Abdullah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya penduduk syurga benar-benar memerlukan para ulama sebagaimana mereka memerlukan para ulama sewaktu di dunia. Demikian itu, mereka menziarahi Allah pada setiap hari Jumaat, lalu dikatakan kepada mereka: Idamkanlah, mereka bertanya: Apa yang mahu idamkan sedangkan kami telah pun dimasukkan ke dalam syurga dan kami telah menerima nikmat-nikmat yang telah diberikan? Lalu dikatakan kepada mereka: Idamkanlah sekian sekian, seraya mereka pun mengidamkan sekian sekian. Mereka memerlukan kepada ulama di dalam syurga sepertimana mereka memerlukan ulama di dunia. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, Ibn 'Asakir, al-Duwalibi dalam Fadl al-'Ilm. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3171]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman