Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَصُومُ أَهْلُ قُبَاءٍ.
Teks Bahasa Melayu
Penduduk Quba' akan berpuasa.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 109, hadis no. 540. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
يجري على ألسنة العوام حين يرى الهلال بمكان دون آخر إن الهلال رآه أهل قباء قال: يصوم أهل قباء، قال السخاوي: وهو شيء ما علمته، قال الجد: ومثل هذا لا يعذر الناس فيه فإن الكذب على النبي صلى الله عليه وسلم عظيم وهذه قصة ما وقعت أصلا فضلا عن ثبوتها.
Berlegar-legar pada lidah orang awam ketika melihat bulan sabit di satu tempat namun tidak kelihatan di tempat lain. Bulan sabit boleh dilihat oleh penduduk Quba', Baginda pun bersabda: "Penduduk Quba' akan berpuasa". Al-Sakhawi berkata: "Ia suatu yang tidak aku ketahui". Al-Jadd berkata: "Perkara seperti ini tidak ada keuzuran terhadap orang ramai dalam perkara ini kerana pendustaan atas nama Nabi SAW adalah satu dosa besar. Kisah ini tidak pernah berlaku pun, apalagi untuk menilainya sebagai thabit.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman