Penduduk Mekah akan keluar daripadanya (Mekah) untuk selama-lamanya

TEKS BAHASA ARAB

سيخرج أهل مكة، ثم لا يعبر بها، أو لا يعبر بها إلا قليل، ثم تمتلئ، وتبنى، ثم يخرجون منها، فلا يعودون فيها أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penduduk Mekah akan keluar, kemudian Mekah tidak akan dilalui oleh manusia lagi atau hanya sedikit (manusia) yang melaluinya. Kemudian (selepas suatu tempoh), Mekah akan penuh dengan manusia lagi dan dibina di Mekah bangunan-bangunan. Kemudian mereka akan keluar daripadanya dan mereka tidak akan kembali ke Mekah selama-lamanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1331 – 1332, hadis nombor 6801. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه، أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: سيخرج أهل مكة، ثم لا يعبر بها، أو لا يعبر بها إلا قليل، ثم تمتلئ، وتبنى، ثم يخرجون منها، فلا يعودون فيها أبداً.
[حم، أبو يعلى، ((الضعيفة)) (3714)]

(Lemah)
Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA, sesungguhnya beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Penduduk Mekah akan keluar, kemudian Mekah tidak akan dilalui oleh manusia lagi atau hanya sedikit (manusia) yang melaluinya. Kemudian (selepas suatu tempoh), Mekah akan penuh dengan manusia lagi dan dibina di Mekah bangunan-bangunan. Kemudian mereka akan keluar daripadanya dan mereka tidak akan kembali ke Mekah selama-lamanya.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Abī Ya‘lā dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3714]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.