Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سيَخْرُجُ أهلُ مكةَ، ثم لا يَعبُرُ بها، أو لا يَعبُرُ بها إلا قليلٌ: ثم تَمْتَلِئُ، وتُبْنَى، ثم يَخرُجونَ منها، فلا يعودونَ فيها أَبَدًا.
Teks Bahasa Melayu
Penduduk Mekah akan keluar, kemudian Mekah tidak akan dilalui oleh manusia lagi atau hanya sedikit (manusia) yang melaluinya. Kemudian (selepas suatu tempoh), Mekah akan penuh dengan manusia lagi dan dibina di Mekah bangunan-bangunan. Kemudian mereka akan keluar daripadanya dan mereka tidak akan kembali ke Mekah selama-lamanya.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1331 - 1332, hadis no. 6801. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه، أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: سيخرج أهل مكة، ثم لا يعبر بها، أو لا يعبر بها إلا قليل، ثم تمتلئ، وتبنى، ثم يخرجون منها، فلا يعودون فيها أبداً. [حم، أبو يعلى، ((الضعيفة)) (3714)]
(Lemah) Daripada 'Umar bin al-Khattab RA, sesungguhnya beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Penduduk Mekah akan keluar, kemudian Mekah tidak akan dilalui oleh manusia lagi atau hanya sedikit (manusia) yang melaluinya. Kemudian (selepas suatu tempoh), Mekah akan penuh dengan manusia lagi dan dibina di Mekah bangunan-bangunan. Kemudian mereka akan keluar daripadanya dan mereka tidak akan kembali ke Mekah selama-lamanya. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Abī Ya‘lā dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3714]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman