Penduduk langit telah turun ke dunia, mereka lebih ramai berbanding penduduk bumi

TEKS BAHASA ARAB

ينزل أهل السماء الدنيا – وهم أكثر من أهل الأرض، ومن الجن والإنس -، فيقول أهل الأرض: أفيكم ربنا؟ فيقولون: لا، وسيأتي، ثم تشقق السماء الثانية … (وساق الحديث إلى السماء السابعة، قال:) فيقولون: أفيكم ربنا؟ فيقولون: لا، وسيأتي، ثم يأتي الرب تبارك وتعالى في الكروبيين، وهو أكثر من أهل السماوات والأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penduduk langit telah turun ke dunia, mereka lebih ramai berbanding penduduk bumi dan juga lebih ramai daripada jin dan manusia. Maka penduduk bumi berkata: Adakah daripada kalangan kamu Tuhan kami? Mereka menjawab: Tidak, Dia akan datang, kemudian terbelah langit kedua… (disebutkan oleh hadis sehingga ke langit ketujuh. Mereka berkata: Adakah daripada kalangan kamu Tuhan kami? Mereka menjawab: Tidak, Dia akan datang, kemudian datang Tuhan bersama sekumpulan malaikat. Mereka lebih ramai berbanding penduduk langit dan bumi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1521 – 1522, hadis nombor 7738. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر موقوف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما- في هذه الآية { وَيَوْمَ تَشَقَّقُ ٱلسَّمَآءُ بِٱلْغَمَٰمِ وَنُزِّلَ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ تَنزِيلًا}: ((ينزل أهل السماء الدنيا – وهم أكثر من أهل الأرض، ومن الجن والإنس -، فيقول أهل الأرض: أفيكم ربنا؟ فيقولون: لا، وسيأتي، ثم تشقق السماء الثانية … (وساق الحديث إلى السماء السابعة، قال:) فيقولون: أفيكم ربنا؟ فيقولون: لا، وسيأتي، ثم يأتي الرب تبارك وتعالى في الكروبيين، وهو أكثر من أهل السماوات والأرض)). [الدارمي في ((الرد على الجهيمة))، ك، ابن جرير، ((الصعيفة)) (5322)].

(Munkar Mawquf)
Daripada Ibn ‘Abbas RA pada ayat ini: “Dan (sebutkanlah perihal) hari segala langit pecah-belah (disertakan) dengan kumpulan awan (yang berisi malaikat), dan (pada hari yang tersebut) diturunkan malaikat itu dengan cara berkumpulan.” [Surah al-Furqan: 25] Penduduk langit telah turun ke dunia, mereka lebih ramai berbanding penduduk bumi dan juga lebih ramai daripada jin dan manusia. Maka penduduk bumi berkata: Adakah daripada kalangan kamu Tuhan kami? Mereka menjawab: Tidak, Dia akan datang, kemudian terbelah langit kedua… (disebutkan oleh hadis sehingga ke langit ketujuh. Mereka berkata: Adakah daripada kalangan kamu Tuhan kami? Mereka menjawab: Tidak, Dia akan datang, kemudian datang Tuhan bersama sekumpulan malaikat. Mereka lebih ramai berbanding penduduk langit dan bumi. [Riwayatkan al-Darimi fi al-Rad ‘ala al-Jahmiyyah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5322]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs