TEKS BAHASA ARAB
أهل القرى من أهل البلاء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Penduduk desa termasuk dari penduduk bala.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 24, hadis nombor 71. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو دائر على الألسنة. وفي معناه ما في الأدب المفرد للبخاري، عن ثوبان: "لاتسكنوا الكفور فإن ساكن الكفور كساكن القبور".
Ia berlegar-legar pada lidah orang ramai. Semakna dengannya apa yang di dalam (Al-Adab Al-Mufrad) oleh Al-Bukhari, daripada Thawban: "Janganlah kamu tinggal di desa, kerana orang yang tinggal di desa seperti orang yang mendiami tanah perkuburan".
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.