Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أهل القرى من أهل البلاء.
Teks Bahasa Melayu
Penduduk desa termasuk dari penduduk bala.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 24, hadis no. 71. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو دائر على الألسنة. وفي معناه ما في الأدب المفرد للبخاري، عن ثوبان: "لاتسكنوا الكفور فإن ساكن الكفور كساكن القبور".
Ia berlegar-legar pada lidah orang ramai. Semakna dengannya apa yang di dalam (Al-Adab Al-Mufrad) oleh Al-Bukhari, daripada Thawban: "Janganlah kamu tinggal di desa, kerana orang yang tinggal di desa seperti orang yang mendiami tanah perkuburan".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman