Penduduk al-Mada'in diwakafkan pada jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

أهل المدائن حبس في سبيل الله فلا تحتكروا عليهم الطعام، ولا تغلوا عليهم الأسعر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penduduk al-Mada’in diwakafkan pada jalan Allah. Maka janganlah kalian menahan makanan daripada mereka dan janganlah kalian kenakan harga yang mahal terhadap makanan mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1009-1010, hadis nombor 5200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: أهل المدائن حبس في سبيل الله؛ فلا تحتكروا عليهم الطعام ولا تغلوا عليهم الأسعار. [ابن عساكر، الضعيفة (5335)].

(Munkar) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Penduduk al-Mada’in adalah wakaf pada jalan Allah, maka janganlah kalian menahan makanan daripada mereka dan janganlah kalian kenakan harga yang mahal terhadap makanan mereka. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5335].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs