Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أهل المدائن حبس في سبيل الله فلا تحتكروا عليهم الطعام، ولا تغلوا عليهم الأسعر.
Teks Bahasa Melayu
Penduduk al-Mada'in diwakafkan pada jalan Allah. Maka janganlah kalian menahan makanan daripada mereka dan janganlah kalian kenakan harga yang mahal terhadap makanan mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1009-1010, hadis no. 5200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: أهل المدائن حبس في سبيل الله؛ فلا تحتكروا عليهم الطعام ولا تغلوا عليهم الأسعار. [ابن عساكر، الضعيفة (5335)].
(Munkar) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Penduduk al-Mada'in adalah wakaf pada jalan Allah, maka janganlah kalian menahan makanan daripada mereka dan janganlah kalian kenakan harga yang mahal terhadap makanan mereka. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5335].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman