Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قال أهل العالية : يا رسول الله لا بد لنا من مجالس. قال : أَدُّوا حَقَّ الْمَجَالِسِ : اذكُرُوا اللَّهِ كَثِيرًا، وَأَرْشِدُوا السَّبِيلَ، وَغُضُّوا الأَبْصَارَ.
Teks Bahasa Melayu
Penduduk al-‘Āliyah telah berkata: Wahai Rasulullah, kami mesti mempunyai tempat berhimpun, apa yang harus kami lakukan?, apa yang harus kami lakukan? Baginda SAW telah bersabda: Tunaikanlah hak tempat berhimpun iaitu mengingati Allah SWT dengan banyak, tunjukkan ke arah jalan yang betul, serta tundukkanlah pandangan.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Ḥunaif RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 139, hadis no. 695. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن حنيف قال: قال أهل العالية: يا رسول الله لا بد لنا من مجالس قال: أدوا حق المجالس: اذكروا الله كثيراً وأرشدوا السبيل وغضوا الأبصار. [طب، الضعيفة (6969)].
(Daif) Daripada Sahl ibn Ḥunaif telah berkata:Penduduk al-‘Āliyah telah berkata: Wahai Rasulullah, kami mesti mempunyai tempat berhimpun, apa yang harus kami lakukan?, apa yang harus kami lakukan? Baginda SAW telah bersabda: Tunaikanlah hak tempat berhimpun iaitu mengingati Allah SWT dengan banyak, tunjukkan ke arah jalan yang betul, serta tundukkanlah pandangan. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6969)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman