Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ لكلِّ شىءٍ دعامةً، ودعامةُ هذا الدين الفقهُ، ولفَقِيْهٌ واحدٌ أشدُّ على الشيطان من ألفِ عابدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki pendokong dan pendokong bagi agama ini adalah fiqh (ilmu). Seorang faqih (berilmu) benar-benar lebih berat bagi syaitan berbanding 1000 ahli ibadah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1256, hadis no. 6416. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إنَّ لكل شىء دعامة، ودعامة هذا الدين الفقه، ولفقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد. [خط، ((الضعيفة)) (2651)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW) : Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki pendokong dan pendokong bagi agama ini adalah fiqh. Seorang faqih (berilmu) benar-benar lebih berat bagi syaitan berbanding 1000 ahli ibadah. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2651]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman