TEKS BAHASA ARAB
كان إذا بعث أميراً قال: اقصر الصلاة، وأقل من الكلام فإن من الكلام سحراً.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila baginda mengutuskan seseorang sebagai ketua di sesebuah tempat, baginda akan bersabda: Pendekkan solat dan kurangkan bercakap kerana sesungguhnya sebahagian kata-kata itu adalah sihir.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 999, hadis nombor 5151. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: كان إذا بعث أميراً قال: اقصر الصلاة وأقل من الكلام فإن من الكلام سحراً. [أبو نعيم في أخبار أصبهان، خط، الضعيفة (4177)].
(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ : Apabila baginda mengutuskan seseorang sebagai ketua di sesebuah tempat, baginda akan bersabda: Pendekkan solat dan kurangkan bercakap kerana sesungguhnya sebahagian kata-kata itu adalah sihir. [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan Tarikh Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 4177]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.