Pencuri itu bukanlah orang yang mencuri pakaian

TEKS BAHASA ARAB

ليس السارق الذي يسرق ثياب الناس إنما السارق الذي يسرق الصلاة يلقطها كما يلقط الطير الحب من الأرض فذلك السارق لا يقبل الله منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pencuri itu bukanlah orang yang mencuri pakaian orang lain. Pencuri yang sebenar adalah pencuri yang mencuri dalam solat. Dia mematuk sepertimana burung mematuk bijian daripada tanah. Pencuri seperti itu tidak diterima solatnya oleh Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في الذيل «ليس السارق الذي يسرق ثياب الناس إنما السارق الذي يسرق الصلاة يلقطها كما يلقط الطير الحب من الأرض فذلك السارق لا يقبل الله منه» من نسخة أبي هدية عن أنس.

Dalam kitab al-Zayl menyebut:
لَيْسَ السَّارِقُ الَّذِي يَسْرِقُ ثِيَابَ النَّاسِ إِنَّمَا السَّارِقُ الَّذِي يَسْرِقُ الصَّلاةَ يَلْقُطُهَا كَمَا يَلْقُطُ الطَّيْرُ الْحَبَّ مِنَ الأَرْضِ فَذَلِكَ السَّارِقُ لَا يقبل الله مِنْهُ
“Pencuri itu bukanlah orang yang mencuri pakaian orang lain. Pencuri yang sebenar adalah pencuri yang mencuri dalam solat. Dia mematuk sepertimana burung mematuk bijian daripada tanah. Pencuri seperti itu tidak diterima solatnya oleh Allah.”
Dinukil daripada nuskhah Abu Hadiyah yang diriwayatkan daripada Anas.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.