Penangan malaikat maut lebih dasyat daripada seribu pukulan pedang.

TEKS BAHASA ARAB

لمعالجة ملك الموت أشد من ألف ضربة بالسيف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penangan malaikat maut lebih dasyat daripada seribu pukulan pedang.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1726, hadis nombor 8682. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لمعالجة ملك الموت أشد من ألف ضربة بالسيف.)) [خط، ((الضعيفة)) (1604)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Penangan malaikat maut lebih dasyat daripada seribu pukulan pedang.))
[Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1604].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.