Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَمعالجةُ ملَكِ الموتِ أشدُّ من ألفِ ضرْبةٍ بالسَّيفِ.
Teks Bahasa Melayu
Penangan malaikat maut lebih dasyat daripada seribu pukulan pedang.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1726, hadis no. 8682. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لمعالجة ملك الموت أشد من ألف ضربة بالسيف.)) [خط، ((الضعيفة)) (1604)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Penangan malaikat maut lebih dasyat daripada seribu pukulan pedang.)) [Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1604].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman