TEKS BAHASA ARAB
لتفتحن القسطنطينية، ولنعم الأمير أميرها، ولنعم الجيش ذلك الجيش.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kota Konstantinopel pasti akan ditakluk dan sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera adalah tentera tersebut.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1307, hadis nombor 6675. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن بشر الغنوي رضي الله عنه، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: لتفتحن القسطنطينية، ولنعم الأمير أميرها، ولنعم الجيش ذلك الجيش.
[تخ، حم، عم، ابن أبي خيثمة في ((التاريخ))، طب، ك، ابن عساكر، ابن قانع، الخطيب في ((التخليص))، ((الضعيفة)) (878)].
(Lemah)
Daripada Bishr al-Ghanawi RA, katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Kota Konstantinopel pasti akan ditakluk dan sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera adalah tentera tersebut.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ahmad dalam al-Musnad, Abdullah bin Ahmad dalam al-Musnad, Ibn Abi Khaithamah dalam al-Tarikh, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn 'Asakir, Ibn Qani', al-Khatib dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 878].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.