TEKS BAHASA ARAB
من ولي على عشرة فحكم بينهم بما أحبوا أو كرهوا؛ جيء به يوم القيامة مغلولة يداه إلى عنقه. فإن حكم بما أنزل الله ولم يرتش في حكمه، ولم يحف؛ فك الله عنه يوم القيامة، يوم لا غل إلا غله. وإن حكم بغير ما أنزل الله تعالى، وارتشى في حكمه، وجابى؛ شدت يساره إلى يمينه، ورمي به في جهنم؛ فلم يبلغ قعرها خمس مئة عام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menjadi pemimpin kepada sepuluh orang, lalu menghakimi (mengadili) mereka dengan apa yang mereka sukai atau mereka benci, dia akan datang pada hari kiamat dengan tangannya diikat ke tengkuknya. Jika dia menghakimi (mengadili) dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT dan tidak merasuah ketika penghakimannya (kepemimpinannya), serta tidak berbuat zalim, Allah akan melepaskan belenggunya pada hari kiamat, hari tiada belenggu melainkan belenggunya. Jika dia menghakimi dengan selain apa yang diturunkan oleh Allah, dan merasuah ketika melakukan penghakiman (kepimpinannya), melakukan khianat, bahagian kanannya akan dihimpit ke bahagian kirinya serta dicampakkan ke dalam neraka jahanam dan tidak akan sampai ke dasarnya dalam tempoh 500 tahun.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 718, hadis nombor 3668. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: من ولي على عشرة فحكم بينهم بما أحبوا أو كرهوا؛ جيء به يوم القيامة مغلولة يداه إلى عنقه. فإن حكم بما أنزل الله ولم يرتش في حكمه، ولم يحف؛ فك الله عنه يوم القيامة، يوم لا غل إلا غله. وإن حكم بغير ما أنزل الله تعالى، وارتشى في حكمه، وجابى؛ شدت يساره إلى يمينه، ورمي به في جهنم؛ فلم يبلغ قعرها خمس مئة عام.
[ك، طس، ((الضعيفة)) (6870)]
(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menjadi pemimpin kepada sepuluh orang, lalu menghakimi (mengadili) mereka dengan apa yang mereka sukai atau mereka benci, dia akan datang pada hari kiamat dengan tangannya diikat ke tengkuknya. Jika dia menghakimi (mengadili) dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT dan tidak merasuah ketika penghakimannya (kepemimpinannya), serta tidak berbuat zalim, Allah akan melepaskan belenggunya pada hari kiamat, hari tiada belenggu melainkan belenggunya. Jika dia menghakimi dengan selain apa yang diturunkan oleh Allah, dan merasuah ketika melakukan penghakiman (kepimpinannya), melakukan khianat, bahagian kanannya akan dihimpit ke bahagian kirinya serta dicampakkan ke dalam neraka jahanam dan tidak akan sampai ke dasarnya dalam tempoh 500 tahun.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6870]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.