Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ شَيْئًا، فَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ أَحَدًا مُحَابَاةً، فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ، لَا يَقْبَلُ اللَّهُ مِنْهُ صَرْفًا وَلَا عَدْلًا حَتَّى يُدْخِلَهُ جَهَنَّمَ، وَمَنْ أَعْطَى أَحَدًا حِمَى اللَّهِ، فَقَدْ انْتَهَكَ فِي حِمَى اللَّهِ شَيْئًا بِغَيْرِ حَقِّهِ، فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ أَوْ قَالَ: تَبَرَّأَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memikul tanggungjawab memimpin urusan umat Islam, lalu dia mengangkat seseorang untuk menguruskan mereka atas dasar kecintaan, maka laknat Allah ke atasnya, Allah tidak akan menerima amalan sunat dan fardhu daripadanya hinggalah Allah masukkannya ke dalam neraka jahanam. Dan sesiapa yang memberikan kepada seseorang jawatan dalam batasan hak Allah, lalu dia melanggar mana-mana batasan Allah tanpa hak, maka dia mendapat laknat Allah, atau Baginda bersabda: Tanggunggan Allah terlepas daripadanya.
Sahabat Perawi
- Yazid bin Abu Sufyan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1395 - 1396, hadis no. 7083. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat lemah) Daripada Yazid bin Abi Sufyan, katanya: Abu Bakr RA berkata ketika menghantarnya ke Syam: Wahai Yazid! Sesungguhnya engkau memiliki kaum kerabat, aku berharap engkau tidak mendahulukan mereka dalam kepimpinan, itulah yang paling aku takuti terhadapmu, kerana Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memikul tanggungjawab memimpin urusan umat Islam, lalu dia mengangkat seseorang untuk menguruskan mereka atas dasar kecintaan, maka laknat Allah ke atasnya, Allah tidak akan menerima amalan sunat dan fardhu daripadanya hinggalah Allah masukkannya ke dalam neraka jahanam. Dan sesiapa yang memberikan kepada seseorang jawatan dalam batasan hak Allah, lalu dia melanggar mana-mana batasan Allah tanpa hak, maka dia mendapat laknat Allah, atau Baginda bersabda: Tanggunggan Allah terlepas daripadanya. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6652]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman