Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سيكونُ من بعدي خُلَفَاءُ، ومن بعدِ الخُلَفَاءِ أُمَراءُ، ومن بعد الأُمَراءِ مُلوكٌ، ومن بعد المُلوكِ جبابِرَةٌ، ثم يخرجُ رجلٌ من أهلِ بيتي؛ يملأُ الأرضَ عَدْلًا كما مُلِئَتْ جَوْرًا، ثم يُؤَمَّرُ القَحْطانِيُّ، فوالذي بعثني بالحَقِّ! ما هو دونَه.
Teks Bahasa Melayu
Akan datang selepas kewafatanku para khalifah, selepas para khalifah ini akan digantikan dengan para pemerintah, selepas para pemerintah digantikan dengan para raja, dan selepas para raja pula adalah orang-orang zalim yang memerintah. Kemudian akan muncul seorang lelaki dalam kalangan ahli baitku, dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana kezaliman memenuhi bumi ketika itu. Kemudian dijadikan al-Qahtani sebagai pemimpin. Demi Tuhan Yang Maha Berkuasa yang telah mengutusku dengan kebenaran! Tidaklah dia (al-Qahtani) lebih rendah darjat berbanding dia.
Sahabat Perawi
- Jabir bin Majid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1332, hadis no. 6808. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن ماجد رضي الله عنه مرفوعا: سيكون من بعدي خلفاء، ومن بعد الخلفاء أمراء، ومن بعد الأمراء ملوك، ومن بعد الملوك جبابرة، ثم يخرج رجل من أهل بيتي؛ يملأ الأرض عدلاً كما ملئت جوراً، ثم يؤمر القحطاني، فوالذي بعثني بالحق! ما هو دونه. [ابن منده، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3722)]
(Lemah) Daripada Jabir bin Majid RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan datang selepas kewafatanku para khalifah, selepas para khalifah ini akan digantikan dengan para pemerintah, selepas para pemerintah digantikan dengan para raja, dan selepas para raja pula adalah orang-orang zalim yang memerintah. Kemudian akan muncul seorang lelaki dalam kalangan ahli baitku, dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana kezaliman memenuhi bumi ketika itu. Kemudian dijadikan al-Qahtani sebagai pemimpin. Demi Tuhan Yang Maha Berkuasa yang telah mengutusku dengan kebenaran! Tidaklah dia (al-Qahtani) lebih rendah darjat berbanding dia. [Riwayat Ibn Mandah, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3722]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman