Pemimpin orang Arab ialah bani Kinanah

TEKS BAHASA ARAB

غرة العرب كنانة، وأركانها تميم، وخطباؤها أسد، وفرسانها قيس، ولله تبارك وتعالى من أهل السماوات فرسان، وفرسانه في الأرض قيس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pemimpin orang Arab ialah bani Kinanah. Tiang-tiangnya ialah bani Tamim. Khatib-khatibnya ialah bani Asad. Penunggang kudanya ialah bani Qais. Sesungguhnya Allah mempunyai tentera berkuda daripada ahli langit dan tentera berkuda-Nya di bumi ini ialah bani Qais.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1793, hadis nombor 9036. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أبي ذر الغفاري -رضي الله عنه- مرفوعا: غرة العرب كنانة، وأركانها تميم، وخطباؤها أسد، وفرسانها قيس، ولله تبارك وتعالى من أهل السماوات فرسان، و فرسانه في الأرض قيس. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1215)]

(Batil) Daripada Abu Zar al-Ghiffari RA, Nabi SAW bersabda: "Pemimpin orang Arab ialah bani Kinanah. Tiang-tiangnya ialah bani Tamim. Khatib-khatibnya ialah bani Asad. Penunggang kudanya ialah bani Qais. Sesungguhnya Allah mempunyai tentera berkuda daripada ahli langit dan tentera berkuda-Nya di bumi ini ialah bani Qais." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1215]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs