Pemimpin ialah bayangan Allah di bumi, jika mereka berbuat baik, maka bagi mereka pahala

TEKS BAHASA ARAB

السلطان ظل الله تعالى في الأرض، فإن أحسنوا؛ فلهم الأجر، وعليكم الشكر، وإن أساءوا؛ فعليهم الإصر وعليكم الصبر، لا يحملنكم إساءته على أن تخرجوا من طاعته؛ فإن الذل في طاعة الله خير من خلود في النار، لولاهم ما صلح الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pemimpin ialah bayangan Allah di bumi, jika mereka berbuat baik, maka bagi mereka pahala, dan hendaklah kalian bersyukur. Jika mereka berbuat jahat, maka bagi mereka kesalahan, dan hendaklah kalian bersabar. Janganlah perbuatan jahat mereka menyebabkan kalian keluar daripada ketaatan kepadanya. Sesungguhnya tunduk dalam ketaatan kepada Allah lebih baik daripada kekal di dalam neraka, jika bukan kerana mereka manusia tidak akan dapat diperbaiki.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 843, hadis nombor 4324. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه-، قال: قلت: يا رسول الله! أخبرني عن هذا السلطان الذي ذلت له الرقاب، وخضعت له الأجساد؛ ما هو؟ قال: ((السلطان ظل الله تعالى في الأرض، فإن أحسنوا؛ فلهم الأجر، وعليكم الشكر، وإن أساءوا؛ فعليهم الإصر وعليكم الصبر، لا يحملنكم إساءته على أن تخرجوا من طاعته؛ فإن الذل في طاعة الله خير من خلود في النار، لولاهم ما صلح الناس)).
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5474)]

(Palsu) Daripada ‘Umar bin al-Khaṭṭāb RA berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah SAW! Khabarkan kepadaku tentang pemimpin ini yang semua hamba patuh kepadanya, dan jasad-jasad tunduk kepadanya, apakah ia? Baginda bersabda: Pemimpin ialah bayangan Allah di bumi, jika mereka berbuat baik, maka bagi mereka pahala, dan hendaklah kalian bersyukur. Jika mereka berbuat jahat, maka bagi mereka kesalahan, dan hendaklah kalian bersabar. Janganlah perbuatan jahat mereka menyebabkan kalian keluar daripada ketaatan kepadanya. Sesungguhnya tunduk dalam ketaatan kepada Allah lebih baik daripada kekal di dalam neraka, jika bukan kerana mereka manusia tidak akan dapat diperbaiki.
[Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5474]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs