Pemimpin akan datang menghadap Allah dalam keadaan terbelenggu tangan ke tengkuk

TEKS BAHASA ARAB

ما من أمير عشرة إلا أتى الله يوم القيامة مغلولة يده إلى عنقه، فإن كان محسنا؛ فك غله، وإن كان مسيئا؛ زيد إلى غله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang pemimpin kepada 10 orang kecuali dia akan datang menghadap Allah pada hari kiamat dalam keadaaan tangannya diikat ke tengkuknya, jika dia seorang yang baik maka belenggunya akan dibuka, jika dia seorang yang jahat maka belenggunya akan ditambah.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 857 – 858, hadis nombor 4386. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة: (الزيادة)) عن بريدة -رضي الله عنه- قال: ((ما من أمير عشرة إلا أتى الله يوم القيامة مغلولة يده إلى عنقه، فإن كان محسنا؛ فك غله، وإن كان مسيئا؛ زيد إلى غله)). [البزار، طس، ((الضعيفة)) (6866)].

(Munkar dengan penambahan lafaz “ditambah”)
Daripada Buraidah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang pemimpin kepada 10 orang kecuali dia akan datang menghadap Allah pada hari kiamat dalam keadaaan tangannya diikat ke tengkuknya, jika dia seorang yang baik maka belenggunya akan dibuka, jika dia seorang yang jahat maka belenggunya akan ditambah.”
[Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6866].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs