Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Pemilik sesuatu benda lebih berhak

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: صَاحب الشَّيْء أَحَق بِحمْلِهِ إِلَّا أَن يكون ضَعِيفا يعجز عَنهُ فيعينه أَخُوهُ الْمُسلم.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Pemilik sesuatu benda lebih berhak membawanya melainkan seseorang yang lemah, maka hendaklah ditolong oleh saudara muslimnya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 106, hadis no. 289. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أورده ابن الجوزي في الموضوعات، فأخطأ، كما ذكره علي قاري وابن الديبع.

Ibn al-Jawzi meriwayatkannya dalam al-Maudhu’at, beliau tersilap, sebagaimana yang disebutkan oleh 'Ali Qari dan Ibn al-Dubayyi'.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.