Pemilik hutang mempunyai kuasa atas penghutang sehingga dia melunaskannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مه! إن صاحب الدين له سلطان على صاحبه، حتى يقضيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berhenti! Sesungguhnya pemilik hutang mempunyai kuasa atas penghutang, sehingga dia melunaskannya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 790, hadis nombor 4058. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: جاء رجل يطلب نبي الله ﷺ بدين أو بحق، فتكلم ببعض الكلام، فهم صحابة رسول الله ﷺ به، فقال رسول الله ﷺ: مه! إن صاحب الدين له سلطان على صاحبه، حتى يقضيه.
[هـ، (الضعبفة) (3180)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Seorang lelaki datang meminta daripada Nabi SAW hutang atau hak, lalu dia bercakap dengan beberapa perkataan, lalu sahabat Rasulullah SAW merasa risau dengannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Berhenti! Sesungguhnya pemilik hutang mempunyai kuasa atas penghutang, sehingga dia melunaskannya.
[Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3180]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.