Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فقال الوزان: إن هذه الكلمة ما سمعتها من أحد. فقال أبو هريرة: فقلت له: كفى بك من الوهن والجفاء أن لا تعرف نبيك. فطرح الميزان ووثب إلى يد النبي صلى الله عليه وآله وسلم _ يريد أن يقبلها _ فجذب رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يده منه. وقال: هذا إنما يفعله الأعاجم ولست بملك إنما أنا رجل منكم، فوزن وأرجح. وأخذ رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم السراويل. قال أبو هريرة. فذهبت أحمله. فقال: صاحب الشئ أحق بشيئه أن يحمل إلا أن يكون ضعيفا يعجز عنه فيعينه أخوه المسلم، قلت: يا رسول الله: وإنك لتلبس السراويل في السفر والحضر؟ قال: نعم وبالليل والنهار، فإني أمرت بالتستر.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Abu Hurairah berkata: Suatu hari aku masuk ke pasar bersama Nabi SAW, lalu baginda duduk di kalangan pedagang pakaian dan membeli beberapa helai seluar dengan empat dirham. Dan ahli pasar itu memiliki seorang tukang timbang yang membuat timbangan. Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: Timbanglah dan letakkanlah pemberat dacing (supaya seimbang). Lalu tukang timbang berkata: Aku tidak pernah mendengar perkataan ini dari seorang pun. Lalu Abu Hurairah berkata: Aku berkata kepadanya: Cukuplah bagi kamu kelemahan dan kekasaran ini [menunjukkan] bahawa engkau tidak mengenali Nabimu. Lalu tukang penimbang itu melempar dacing tersebut sambil segera ke tangan Nabi SAW. Dia ingin mengucupnya. Lantas Rasullullah SAW menarik tangan baginda darinya sambil berkata: Sesungguhnya ia dilakukan oleh orang-orang bukan Arab dan aku bukanlah seorang raja. Bahkan aku hanyalah seorang lelaki dari kalian. Lalu dia menimbang dan meletakkan pemberat dacing (supaya seimbang). Dan Rasullullah SAW mengambil seluar-seluar tersebut. Abu Hurairah berkata: Lalu Aku pergi untuk membawanya. Baginda berkata: Pemilik barang lebih berhak untuk membawa barangnya, melainkan dia lemah dan tidak mampu membawanya, maka saudaranya yang muslim boleh membantunya. Aku bertanya: Wahai Rasullullah! Adakah engkau akan memakai seluar-seluar ini ketika musafir dan ketika tidak bermusafir? Baginda menjawab: Ya! Siang dan malam kerana sesungguhnya aku diperintahkan untuk menutup (aurat).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 190-191, hadis no. 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn Hibban meriwayatkan daripada Abi Hurairah RA secara marfu’(yang disandarkan kepada Nabi SAW). Al-Daraqutni berkata dalam Kitab al-Afrad: Dan beban padanya adalah ke atas Yusof bin Ziyad, kerana dia terkenal dengan meriwayatkan hadith-hadith batil, dan tidak meriwayatkannya daripada al-Afriqi selain dia. Ibn Hibban berkata: al-Afriqi meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi-perawi yang thiqah, aku katakan: Yang disebutkan pada sanad hadith ini ialah Abd Rahman Ibn Ziyad Bin An‘am al-Afriqi. Dan dia tidaklah dituduh sebagai pereka hadith dan komentar terhadapnya diketahui, tambahan pula Abu Daud dan selainnya meriwayatkan darinya.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman