Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صاحِبُ الشَّيءِ أحقُّ بحملِه، إلَّا أن يكونَ ضعيفًا يعجِزُ عنهُ، فيعينُه أخوه المسلِمُ.
Teks Bahasa Melayu
Pemilik barang itu lebih berhak untuk memikulnya, melainkan dia seorang yang lemah dan tidak mampu untuk memikulnya, maka seorang Muslim boleh membantunya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 170, hadis no. 850. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Aku masuk ke dalam pasar bersama dengan Rasulullah SAW. Lalu baginda duduk kepada penjual-penjual pakaian. Kemudian baginda membeli seluar dengan harga empat dirham. Beliau berkata: Pada waktu itu dalam kalangan ahli pasar terdapat seorang lelaki yang menimbang dirham antara mereka yang disebut: Si fulan yang kuat menimbang. Perawi berkata: Lelaki itu dipanggil untuk menimbang harga seluar. Lalu Nabi SAW berkata kepadanya: Timbanglah kamu dengan tepat. Lalu si penimbang tersebut berkata: Sesungguhnya perkataan ini tidak pernah aku dengari daripada seorang manusia pun. Siapakah kamu? Lalu Abu Hurairah berkata: Cukuplah kamu dianggap buruk dan jahat pada agama kamu, adakah kamu tidak mengenali Nabi kamu? Lalu dia berkata: Adakah ini Nabi Allah? Lalu dia pun mencampakkan neraca timbangannya, dan dia memegang tangan Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW melepaskannya. Baginda berkata: Apakah ini? Sesungguhnya ini adalah perbuatan golongan ‘ajam kepada raja-raja mereka. Sesungguhnya aku bukan seorang raja, akan tetapi aku hanyalah seorang lelaki dalam kalangan kamu. Kemudian lelaki itu duduk dan dia kembali menimbang dirham dan dia menimbangnya dengan tepat sebagaimana yang diarahkan oleh Nabi SAW kepadanya. Ketika kami berdua beredar dari pasar, aku mengambil seluar daripada Rasulullah SAW untuk aku memikulnya, lalu baginda menghalang aku. Baginda berkata: Pemilik barang itu lebih berhak untuk memikulnya, melainkan dia seorang yang lemah dan tidak mampu untuk memikulnya, maka seorang Muslim boleh membantunya. Abu Hurairah berkata: Wahai Rasulullah, adakah kamu turut memakai seluar? Baginda menjawab: Ya, pada waktu malam dan siang, juga semasa bermusafir dan tidak bermusafir. Yusuf (salah seorang perawi) berkata: Aku berasa syak terhadap ucapan baginda: Dan (juga aku memakai seluar semasa bersama) dengan ahli keluargaku. Sesungguhnya aku diperintahkan untuk menutup tubuhku, dan aku tidak mendapati suatu pakaian yang lebih menutup badan melainkan seluar. [Riwayat Ibn al-’A’rabi, Ibn Bishran dan al-Hafidh Bin Nasir dalam al-Tanbih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 89]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman