Pemerintah yang ingkar dijatuhkannya ke dalam neraka jahanam selama 70 tahun

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة، أتي بالوالي، فيوقف على جسر جهنم، فيأمر الله الجسر، فينتفض انتفاضة يزول كل عظم من مكانه، ثم يأمر الله العظام أن ترجع إلى أماكنها، ثم يسأله، فإن كان مطيعا، أخذ بيده، وأعطاه كفلين من رحمته، وإن كان عاصيا، خرق به الجسر، فهوى في جهنم مقدار سبعين خريفا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba hari kiamat, maka didatangkan pemerintah, lalu dijadikannya berdiri di atas jambatan jahanam, lalu Allah memerintahkan jambatan, lalu ia bergoncang dengan goncangan yang kuat sehingga luruhlah semua tulang daripada tempatnya, lalu Allah mengarahkan tulang itu untuk kembali ke tempatnya. Kemudian Allah bertanya kepadanya, jika dia seorang yang taat, Allah memegang tangannya dan diberikan dua bahagian (jaminan) daripada rahmat-Nya. Namun, sekiranya dia seorang yang derhaka (ingkar), maka jambatan akan menjatuhkannya lalu dia akan jatuh ke dalam neraka jahanam selama 70 tahun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1319, hadis nombor 6736. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن بشر بن عاصم عن أبيه، أنه بعث إليه عمر بن الخطاب يستعمله على بعض الصدقة، فأبى أن يعمل له، قال: سمعت النبي ﷺ يقول: إذا كان يوم القيامة، أتي بالوالي، فيوقف على جسر جهنم، فيأمر الله الجسر، فينتفض انتفاضة يزول كل عظم من مكانه، ثم يأمر الله العظام أن ترجع إلى أماكنها، ثم يسأله، فإن كان مطيعا، أخذ بيده، وأعطاه كفلين من رحمته، وإن كان عاصيا، خرق به الجسر، فهوى في جهنم مقدار سبعين خريفا. فقال عمر: سمعت من رسول الله ﷺ ما لم نسمع؟ فقال: نعم، وكان سلمان الفارسي وأبو ذر الغفاري، قال سلمان: أي والله يا عمر بن الخطاب، ومع السبعين سبعين خريفا في واد من نار تلهب التهابا، فقال عمر بيده على جبهته: إنا لله وإنا إليه راجعون، من يأخذها بما فيها؟ فقال سلمان: من سلت الله أنفه، وألزق خده بالأرض.
[هب، ((الضعيفة)) (2269)].

(Lemah)
Daripada Bishr bin ‘Asim daripada ayahnya bahawa ‘Umar bin al-Khattab telah mengutuskan kepadanya untuk bertugas memungut sebahagian sedekah, lalu dia enggan menerima tugasan tersebut. Dia (‘Asim) berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Apabila tiba hari kiamat, maka didatangkan pemerintah, lalu dijadikannya berdiri di atas jambatan jahanam, lalu Allah memerintahkan jambatan, lalu ia bergoncang dengan goncangan yang kuat sehingga luruhlah semua tulang daripada tempatnya, lalu Allah mengarahkan tulang itu untuk kembali ke tempatnya. Kemudian Allah bertanya kepadanya, jika dia seorang yang taat, Allah memegang tangannya dan diberikan dua bahagian (jaminan) daripada rahmat-Nya. Namun, sekiranya dia seorang yang derhaka (ingkar), maka jambatan akan menjatuhkannya lalu dia akan jatuh ke dalam neraka jahanam selama 70 tahun. ‘Umar pun berkata: Kamu mendengar daripada Rasulullah SAW hadis yang kami tidak pernah dengar? ‘Asim menjawab: Ya, demikian juga Salman al-Farisi dan Abu Zar al-Ghifari ada di situ (turut mendengarnya). Salman berkata: Ya, demi Allah, wahai ‘Umar bin al-Khattab! Di samping 70 tahun itu, 70 musim luruh di lembah neraka yang menjulang apinya, lalu ‘Umar berkata dalam keadaan tangannya berada di atas dahinya: Sesungguhnya kita milik Allah dan hanya kepadaNya kita kembali. Siapakah yang mengambil apa yang ada padanya? Salman berkata: Orang yang Allah potong hidungnya dan pipinya melekat di tanah (maksudnya orang yang celaka).
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2269].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs