Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Pembunuh yang dihukum bunuh balas

Teks Bahasa Arab

مَا تَرَكَ الْقَاتِلُ عَلَى مَقْتُولِهِ مِنْ ذَنْبٍ.

Teks Bahasa Melayu

Pembunuh yang dihukum bunuh balas tidak meninggalkan apa-apa dosa.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 80, hadis no. 352. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن كثير: "لا نعرف له أصلا" انتهى. وفي معناه حديث ابن عمر: "إن السيف محاء للخطايا"، وفي الباب غير ذلك.

Ibn Kathir berkata: "Kami tidak mengetahui asalnya". Semakna dengannya hadith Ibn 'Umar: "Sesungguhnya pedang itu (iaitu hukum qisas) menghapus kesalahan-kesalahan", juga dalam bab ini terdapat hadith lain.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.