Pembunuh tiga perkara yang sangat jahat pada pandangan Allah

TEKS BAHASA ARAB

إياكم وقاتل الثلاثة، فإنه من شرار خلق الله. قيل: ومن قاتل الثلاثة؟ قال: رجل سلم أخاه إلى سلطانه، فقتل نفسه، وقتل أخاه، وقتل سلطانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah kamu dari pembunuh 3 perkara, kerana dia adalah antara makhluk Allah yang paling jahat." Ditanyakan: "Siapakah pembunuh 3 perkara itu?" Baginda berkata: "Seorang lelaki yang menyerahkan saudaranya kepada Sultan (individu atau kerajaan), lalu dia membunuh dirinya (membinasakan dirinya kerana berbuat kejahatan dengan membinasakan saudaranya), membunuh saudaranya (kerana menyerahkan saudaranya kepada sultan yang zalim) dan membunuh Sultannya (dia membawanya ke arah kebinasaan kerana dia membuka peluang sultan tersebut berbuat dosa kezaliman).

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 850, hadis nombor 4356. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إياكم وقاتل الثلاثة، فإنه من شرار خلق الله. قيل: ومن قاتل الثلاثة؟ قال: رجل سلم أخاه إلى سلطانه، فقتل نفسه، وقتل أخاه، وقتل سلطانه)). [فر، ((الضعيفة)) (6295)].

(Munkar)
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah kamu dari pembunuh 3 perkara, kerana dia adalah antara makhluk Allah yang paling jahat." Ditanyakan: "Siapakah pembunuh 3 perkara itu?" Baginda berkata: "Seorang lelaki yang menyerahkan saudaranya kepada Sultan (individu atau kerajaan), lalu dia membunuh dirinya (membinasakan dirinya kerana berbuat kejahatan dengan membinasakan saudaranya), membunuh saudaranya (kerana menyerahkan saudaranya kepada sultan yang zalim) dan membunuh Sultannya (dia membawanya ke arah kebinasaan kerana dia membuka peluang sultan tersebut berbuat dosa kezaliman).”
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6295].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs