Pembunuh Husain akan berada di peti yang diperbuat daripada api neraka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قاتل الحسين في تابوت من نار عليه نصف عذاب أهل النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pembunuh Husain akan berada di peti yang diperbuat daripada api neraka dan dia akan dikenakan separuh azab ahli neraka.

STATUS

Jalur yang sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 98. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«قَاتِلُ الْحُسَيْنِ فِي تَابُوتٍ مِنْ نَارٍ عَلَيْهِ نِصْفُ عَذَابِ أَهْلِ النَّار» قَالَ شَيخنَا: ورد عَن عَليّ رَفعه من طَرِيق واه.

“Pembunuh Husain akan berada di peti yang diperbuat daripada api neraka dan dia akan dikenakan separuh azab ahli neraka.” Guru kami berkata: Ia diriwayatkan daripada Ali secara marfu’ dari jalur yang sangat lemah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.